PERANCANGAN AKTIVITI 2022
1. Kelas Asas Pengurusan Akaun : 6 Mac 2022 (Ahad) - Selesai
2. Kelas Fotografi Mudah Menggunakan Henfon - dalam perancangan
3. Kelas Celik ICT Siri 2 - dalam perancangan
3. Kelas Celik ICT Siri 2 - dalam perancangan
4. Kelas Pengucapan Umum untuk pelajar lepasan SPM - dalam perancangan

Antara program yangg telah dilaksanakan sebelum PKP:-
- Program Bedah Buku Panglima Kiai Salleh Selempang Merah Di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat.
- Bengkel Penulisan Puisi Eejarah untuk pelajar sekolah menengah di UTHM.
- Pertandingan Deklamasi Puisi Sejarah untuk pelajar sekolah menengah Di Dewan Jubli Intan.
- Bersama Warisan Yayasan Johor (YWJ) membuat rakaman penggambaran sejarah Dataran Penggaram; Masyarakat Arab Bajrai, Minyak Beku, Lombong Bijih Di Sri Medan dan Budaya Hamdolok.
- Membuat lawatan dan sumbangan ke rumah Arwah En.Kamarudin Jamal & Arwah Hi. Daud (Puan Hasnah A.Rahman)
- Penyampaian Ceramah Patriotisma di Kg. Kenanga Dato' Onn Pesta.
- Program gotong royong membersihkan Perkuburan Bukit Cermai bersama pelajar & Guru SDBL.
- Program gotong royong membersihkan Perigi Minyak Beku & kawasan pantai bersama masyarakat
- Program bersama UTHM, Galeri Parit Sulong & penduduk asli
- Program Siri Kunjung Hormat ke Pejabat Daerah, Pejabar Majlis Perbandaran Batu Pahat, Pejabat Penerangan, Pejabat Pendidikan Batu Pahat & Pejabat Belia (Bangunan Gunasama)
- Sambutan Maulidurasul bersama Persatuan Pesara Kerajaan Kawasan Batu Pahat
- Menyiapkan tandas & surau, papan tanda & pagar Makam di Bukit Inas, Sri Medan dengan peruntukan dari Pejabat Menteri Besar Johor
- Memasang papan tanda berlampu di Wisma Sejarah
- Memasang P.A System dan penambahan kerusi meja di dewan Wisma Sejarah
- Mengadakan sesi temubual dgn Pegawai Waran (B) Makmur Said, PGB.
- Rancangan Kita Malaysia bertajuk Dia Pemuda Tawarikh (RTM1) pada Ahad, 23 Februari 2020
- Cerita Kita (RTM1) "Kesetiaan Kepada Raja dan Negara" - 23 Ogos 2020
- Tetamu Selamat Pagi Malaysia bertajuk Lipatan Sejarah Kemerdekaan, Tautan Jiwa Generasi Muda pada 28 Ogos 2020.
- PSMKBP berjaya menerbitkan Buletin PSMKBP Edisi Pertama dalam versi Digital dan versi bercetak pada Mac 2021.


