
Perutusan
Dari Meja Pengerusi
Assalamualaikum wrt,
Para pengunjung laman sesawang PSMDBP, khususnya ahli-ahli PSMDBP sekalian.
Pertama sekali saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana di sebalik segala usaha dan ikhtiar, sama ada oleh orang perseorang dan juga oleh bekas ahli-ahli PSMKBP, maka tertubuhlah Persatuan Sejarah Malaysia Daerah Batu Pahat (PSMKBP) pada 26 Mei 2024.
(boleh rujuk kronologi penubuhan)
(boleh rujuk kronologi penubuhan)
Proses penubuhan ini bukanlah mudah kerana mereka yang terlibat telah mencuba pelbagai cara untuk menghidupkan kembali Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat (PSMKBP) selama lebih setahun. Namun, atas nasihat Pendaftar Persatuan (ROS), kami disarankan menubuhkan persatuan baru. Lantaran daripada itu, maka tertubuhlah Persatuan Sejarah Malaysia Daerah Batu Pahat (PSMDBP).
Objektif, fungsi dan peranan tetap sama seperti persatuan terdahulu. Memulihara serta melestarikan sejarah di Batu Pahat khususnya agar menjadi rujukan generasi akan datang.
Laman sesawang PSMDBP berfungsi menyalurkan maklumat rasmi berkaitan persatuan. Manakala, facebook PSMDBP pula merupakan medium perkongsian maklumat dan akitiviti semasa yang melibatkan PSMDBP. Justeru itu, besarlah harapan kami di PSMDBP ini agar para ahli khususnya dan para pengunjung amnya dapat beroleh manfaat daripada kedua-dua medium ini.
Laman sesawang PSMDBP berfungsi menyalurkan maklumat rasmi berkaitan persatuan. Manakala, facebook PSMDBP pula merupakan medium perkongsian maklumat dan akitiviti semasa yang melibatkan PSMDBP. Justeru itu, besarlah harapan kami di PSMDBP ini agar para ahli khususnya dan para pengunjung amnya dapat beroleh manfaat daripada kedua-dua medium ini.
Selaku Pengerusi yang dilantik, saya juga menyeru kepada para ahli agar memanfaatkan peluang yang ada untuk terus memulihara bahan-bahan sejarah agar anak cucu kita di kemudian hari mempunyai satu sandaran pengkisahan yang berdokumen terhadap sejarah tanah air, khususnya Bandar Penggaram, Bandar Batu Pahat. Saya percaya, ramai anak muda yang ingin melihat Batu Pahat kekal sebagai salah satu bandar bersejarah yang dikagumi seantaro dunia.
Akhir kata, sejarah adalah fakta yang tidak boleh diubah. Maka, peliharalah akan ia.

Hj Ropie bin Subari
Pengerusi
2025
Akhir kata, sejarah adalah fakta yang tidak boleh diubah. Maka, peliharalah akan ia.

Hj Ropie bin Subari
Pengerusi
2025

Struktur Organisasi
Jawatan Kuasa PSMDBP 2024/2026
Penaung
Penasihat
Tuan Haji Ropie bin Subari
Pengerusi
Tuan Haji Aezil Syuheari bin Abdul Sukoh
Timbalan Pengerusi
Encik Sahaini bin Ahmad Safian
Setiausaha
Encik Norisham bin Amar
Penolong Setiausaha
Puan Nurdiana binti Ahmad
Bendahari
Encik Ibrahim bin A Rahman
Encik Shukri bin Hashim
Cik Puan Salamah binti Adnan
AJK
Puan Noridahti binti Ahmad
Cik Norfasihah binti Ghazali
Juru Audit Dalaman

Lensa Aktiviti
Akan Datang