Perutusan - Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat

Go to content


Assalamualaikum & Salam sejahtera

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat datang ke laman sesawang rasmi Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat (PSMKBP).

Menjelang tahun 2020, PSMKBP bakal menyaksikan pelbagai aktiviti menarik yang akan dilaksanakan sepanjang 2020 - 2021 kepada warga Batu Pahat, khusus kepada para ahli PSMKBP.  Sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan atau Non-Government Organization (NGO), pihak PSMKBP bertekad melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam memudahkan perhubungan antara PSMKKP dengan masyarakat sekeliling khususnya di Batu Pahat.  Komunikasi di era 'Internet Of Things' akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin terutamanya melalui saluran media sosial.

Melalui laman sesawang ini, para pengunjung boleh mendapatkan pelbagai maklumat tentang PSMKBP yang meliputi organisasi, aktiviti semasa dan aktiviti dalam perancangan.  Tambahan pula, maklumat yang disalurkan akan dikemaskini dari masa ke semasa melalui laman sesawang dan juga di 'Page FB Sejarah Batu Pahat'.

Pengunjung juga boleh berhubung dengan pihak PSMKBP terutama sekiranya pengunjung atau ahli-ahlinya mempunyai buah fikiran serta pandangan untuk manfaat bersama melalui borang yang disediakan di laman sesawang ini..

Adalah diharapkan laman sesawang ini akan menerima kunjungan ramai meskipun ia adalah secara maya.  Saya yakin segala teknologi yang wujud hari ini dapat memberi banyak manfaat kepada semua dan seterusnya memastikan PSMKBP terus bergerak aktif dalam memenuhi objektif penubuhannya di Batu Pahat.

Sekian.


HJ.ROPIE BIN SUBARI
PENGERUSI
PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA KAWASAN BATU PAHAT
2019/2021
Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat
Dikemaskini : 6 Mac 2020
Back to content